Pages

Tuesday 27 December 2011

I city

Wednesday 21 December 2011

Wordless Wednesday

Tuesday 20 December 2011

Agen solusi n genQ

Assalamualaikum semua...

Sihat ke??

Nak share cerita ckit..hri ini bmula la detik saya menjadi agen majalah solusi Dan genQ...majalah motivasi agama..solusi sesuai untuk peringkat dewasa..manakala genQ pula untuk remaja...bacaan dia ringan Dan mudah difahami...

Alhamdulillah rezeki pertama aku menjadi agen solusi ( dekat ofis saya jek ) murah..dah Ada pelanggan tetap...

Terima kasih

1st Giveaway by Ina & Nadiah

 
 


 
 
Saya tag kan wanie wonek

saya nak header free dari SBK

 
 
Hai..
 
Saya nak jugak header free..
 
1- kena ada gambar rama2 n baby cute (cartoon)
2-kena ada "my little baby"
3- colour pink/purple
 
ringkas dan simple jek..ty..:)

 

 

Monday 19 December 2011

DIA BUKAN NABI

 
 


 Dia Bukan Nabi adalah rantaian daripada kisah Aku Bukan Malaikat yang masih tergantung. Dalam pencarian Aisyah bagi menemukan kembar Qimiel, muncul pelbagai tanda tanya dan persoalan demi persoalan yang mendebarkan. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang terindah dari-Nya.
 

AKU BUKAN MALAIKAT

 
 


Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.
Pola hidupnya tidak pernah lari dari pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya.
Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan pada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya
 

Friday 16 December 2011

novel terbaru dari RAM

 
 
 
 
 
 
Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan. 
 
kata hatiku : mesti dapatkan jugak...

amalan untuk dapat zuriat

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

borang BR1M menipu?






 
 korang komen la...

keretaku


 
 
 

 

Tuesday 13 December 2011

Borang Bantuan Rakyat 1M’sia

Assalamualaikum...

Borang bantuan sudah boleh didapati...

syarat2 :
Gaji kena bawah 3000 untuk 1 isi rumah..
Slip gaji yang disahkan
Kalau yang tak bekerja,kena buat Surat Dan kena Ada pengesahan tok penghulu @ seangkatan..
income tax kena buat jugak yea...

Taklimat SBPA

Assalamualaikum....

Pagi2 datang office dengar taklimat SBPA...faham???sikit2 la...adeh...macam mane nak tandatangan opsyen ni...

Monday 12 December 2011

Kuku menjadi lebih pendek???

Assalamualaikum...

Korang ingat lagi x post yang sebelum ni,lekuk pada kuku???

Sebenarnya penyakit ni terjadi pada aku sendiri...kuku jari manis plak tu..dah lebih 6 bulan kot..lagi lama dari tarikh kahwin hari tu...hihihi..

Kuku dan isi terpisah dekat 4mm..nak tahu ukurlah sendiri (macam iklan garnier la pulak)...Dan hasilnya kuku menjadi lebih pendek...xtahu la bila penyakit ni Akan sembuh...:)

Sunday 11 December 2011

Jail brake (JB) iPhone

Assalamualaikum semua...

Dah dekat setahun pkai bnda alah ni...bila orang tengok..soalan wajib diorang tanya "dah jailbrake ke telefon"...n jawapan biasa ialah "tak" ...tanya lagi Kenapa belum...Dan otak terus blank..takde idea nak jawab...

Ada sape2 yang pernah JB x?atau tahu pasal benda ni...dah ramai officemate yang promote...tapi hati masih berbelah bagi...Kongsi dengan saya...please...;)

Saturday 10 December 2011

Borang Bantuan Rakyat 1M’sia Mula Diedarkan

KUALA LUMPUR – Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan. – BERNAMA


*kepada ketua keluarga tu,bolehla daftar ya...Teliti dahulu syarat2 dia..:)

Mata gedik

Salam Semua...

Dah 2 3 hari mata sebelah kiri bergerak2...Kenapa ya???
Orang tua kata nak benci orang...

Huhu...ntah betul ntah tidak...
Jangan sakit dah la..

Friday 9 December 2011

Salam maaf

Hai semua..kepada yang follow tu,saya ucapkan banyak2 Trima kasih dan jutaan kemaafan...

Ini Kerana saya meng'update blog menggunakan iPhone...penggunaannya amatlah terhad sekali..kepada yang follow tu jangan risau..bila saya dah online Guna laptop..saya Akan follow anda semua...

Sayang anda semua...