Pages

Saturday 26 November 2011

Adi Putra - Kelahiran




DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH




Artinya: 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.




Artinya:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekak, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Catatan: *Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

*Sama2 lah kita berhijrah ke arah kebaikan..:)



Monday 21 November 2011

memalukan !!!!!!





10 CALON SUAMI YANG BAIK




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

song of the day






LAYAN...........




LEKUK PADA KUKU




Sesetengah orang mempunyai ‘’lekuk’’ atau garisan-garis menegak atau melintang di atas kukunya. Perkara ini mungkin biasa tetapi dalam sesetengah kes, perihal ini juga mungkin menandakan bahawa seseorang itu tidak cukup sihat atau sedang menjalani sesi perubatan. Berikut merupakan beberapa gejala lekuk di atas kuku:-
  • ’’‘lekuk menegak’’’ – mungkin disebabkan oleh pengaruh genetik atau kecedaraan yang kekal pada kawasan di mana kuku itu terbentuk. Ia menandakan masalah kekurangan zat besi atau kalsium, kelemahan menyerap vitamin dan nutrient, artritis dan mungkin juga menunjukkan penyakit yang sangat teruk seperti masalah buah pinggang. Walau bagaimanapun, lekuk menegak yang kecil adalah sesuatu yang agak biasa, dan menjadi lebih biasa apabila usia seseorang meningkat.
  • ‘’’lekuk melintang’’’ – gejala ini mungkin disebabkan oleh trauma pada kawasan di bawah kutikel pada pangkal kuku. Kawasan ini merupakan tempat di mana kuku mula-mula dibentuk, dan jika kawasan ini mengalami gangguan yang teruk, lekuk melintang boleh terbentuk. Lekuk ini juga mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang teruk(mereka yang mengalami keadaan ini dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut) atau stress.
Penggunaan kertas emeri untuk melicinkan kuku tidaklah ditegah tetapi perlulah berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kuku menjadi terlalu nipis.

FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011


FINAL 

MALAYSIA 
VS
 INDONESIA
LIVE 8.30 MLM (WAKTU MALAYSIA)
STADIUM BUNG KARNO

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR MINGGU KEDUA DAN KETIGA MUZIK MUZIK

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR KEDUA MUZIK MUZIK 25 NOVEMBER 2011
1-Kurnia - Mizz Nina | Noh Hujan
2-Kekanda Adinda -Atilia | Monoloque
3-Cinta Muka Buku - Najwa Latif
4-Luar Biasa - Shahir
5-Perpisahan Ini - 1st Edition | Nubhan
6-Cinta Teragung - Hazama
7-Pokok - MUH | Nubhan
8-Sungai Lui - Aizat
9-Bagaikan Bidadari - Tomok
10-Ilusi - Adira
11-Wanita Seluruh Dunia - Project Pistol

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR KETIGA MUZIK MUZIK 2 DISEMBER 2011
1-Kalau Berpacaran - Shohaimi | Ana | Altimet
2-Penakut - Yuna
3-Sedetik Lebih - Anuar Zain
4-Bila Bertemu - Shiha
5-Cinta Matiku - Sixth sense
6-Karma - Faizal Tahir
7-Menyesal - Sixth Sense
8-Aku Permata - Salma 

CACAT BUKAN PENGHALANG



LONDON: Si cilik Ellie Challies adalah pemain bola untuk pasukan sekolahnya walaupun dia tidak mempuyai kedua-dua belah tangan dan kaki.
Ellie yang berusia tujuh tahun dan sangat menyukai sukan bola sepak itu berlari ke sana sini dalam padang bola menggunakan kaki palsu seperti yang digunakan oleh olahragawan dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius.
Ibunya, Lisa yang bangga dengan anaknya itu berkata, “Ia adalah perkara yang kami tidak terfikir akan melihatnya. Dia seorang kanak-kanak yang kuat semangat dan luar biasa.”

Kedua-dua tangan dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.

Tapi dia membesar dengan sokongan daripada kembarnya Sophie dan ahli keluarganya yang lain di Little Calcton, Essex.

Ellie tidak boleh berlari menggunakan kaki palsu standad kerana ia menyakitkan.

Ellie adalah peminat setia Arsenal, terutama pemain Gary Roberts.

Apabila mengetahui kisah Ellie, orang ramai mengadakan kutipan derma untuk membelikan dia sepasang kaki palsu ringan Flex Run Feet yang berharga 10,000 pound (RM50,000) yang dibuat daripada gentian oleh sebuah firma Dorset Orthopaedics di Britain.

Ellie adalah pemakai paling muda kaki palsu itu - dan dia menggunakannya setiap minggu untuk bermain bolah sepak untuk pasukan Sekolah Rendah Engaines.

Lisa, 37, yang membantu orang kurang upaya berkata, “Dia tidak mengalami masalah di padang bola. Dia terus berlari dan bermain.

“Pasukan kegemarannya adalah Arsenal dan dia akan menyaksikan semua perlawanan mereka dengan bapanya.”

Bapanya, Paul, 48, yang bekerja sebagai penjaga berkata, “Dia kelihatan sangat luar biasa bila beraksi di padang.

“Dia memang suka bermain bola dan sangat mahir menggelecek bola.”


LU PKIRLAH SENDIRI...!

BERITA SEDIH

hye..assalamualaikum semua...
lama kan aku menyepi...lebih kurang dekat sebulan kot..
ade sebab kenapa aku menyepi...

sebenarnya pada 26.10.2011 @ hari deepavali aku telah keguguran..sedih sgt2..masa tu bby dah 7 minggu..
bangun pagi rabu tu aku dah start bleeding..bleeding aku sikit2 jek..hati aku dah mula xsedap..tghri tu perut lak start sakit n senak...smpai la kul 5 aku g klinik ttdi utk cek kandungan..doc ckp bby ada lagi tp dah semakin kecik..klu ikut saiz mcm 5weeks  mcm tu..aku tabahkan hati n balik dlu ke rumah..mlm tu mmg aku dah xtahan..g hospital ppum pukul 10 mlm..smpai turn pun dah 11.30..mase scan,doc ckp bby dah xde,tinggal kantung jek..mase tu mcm hilang dunia jap rase..then doc buang kantung tu n tunjuk kat aku..doc ckp tu perut ikan..(mmg panggil mcm tu ke?).
aku diberi mc seminggu..pantang mcm org  bru pas bsalin...trauma aku,pantang secara sihat n xde baby...
nasib baik la en suami byk memberi sokongan moral pada aku..

terima kasih abg..i love u so much..:)