Pages

Tuesday 25 October 2011

Jemputan


JEMPUTAN

blog otai menjemput aku untuk join contest di blog nye

korang yg baru2 tu klu nak join..klik kat sini

senang je..just follow blog empunye diri...

harapan menang?

masih baru lagi...
klu menang pun ALHAMDULILLAH..




kerana sayang

Assalamualaikum..
ape khabar korang semua???


kerna sayang aku berkorban,
kerna sayang aku terkorban,
terima kasih sebab mematangkan diri ini...


kate2 ni lahir dari hati yg kecewa...

bak kate org tua..
kwn gembira bersepah kat dunia...
kawan sedih,susah nak dicari...

sape makan cili die terasa pedas,
sape mkn gula,die terasa manis..

Wednesday 19 October 2011

Gardenia Delicia Waffles


Assalamualaikum...

korang mesti pernah tengok iklan waffles ni kat tv kan???
Ni la makanan ruji aku skrg sejak pregnant..
biasa la perut asyik lapar je..
aku pernah beli yg Maple Wholemeal n Classic Cinnamon..
aku hanya blh mkn yg Maple Wholemeal je..
Classic Cinnamon mmg xle blah ngan selera tekak aku..
ade byk jenis ag..tp aku xpernah jumpa kat kdai lg..cepat hbs kot..asyik xde je..
nak tahu rasa?
kena try sendiri...hehehe

Cantik Vs Buruk

"Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman...
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha...
Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...
Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...
CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU.."

Tuesday 18 October 2011

Segmen BlogList fiefi arnasier

assalamualaikum...
first time join contest or seangkatan dgn nye...

sebenarnye aku dah lame dalam dunia blog ni..tp satu pun xpernah lekat...jap blog tu..jap blog ni..
yg kekal nye blog business aku..lain2 hancus..
kali ni aku berblog lagi..TAWAKAL..:)
korang nak join???
klik sini je


mum to be



hai alll..

aku rasa korang tengok tajuk pun korang dah tahu kan????
sebenarnye aku nak cite pengalaman aku..aku n mr hubby bnikah hampir 4 bulan..dlu mase bujang,ia2 ckp kat member tak nak pregnant dlu..nak honeymoon ngan en suami dlu...sekali,pas kahwin jadi betul lak..padahal mindset nak beralih arah 100 % selepas bnikah..hari2 dok pikir bile nak pregnant...ke aku xle pregnant..ade masalah ke?adeeeiiii...pening..tambah2 bile tgk kawan en suami n cousin en suami yg kahwin tarikh yg sama dah pun pregnant...mula si tanduk ni hasut fikiran aku..aku pun mula la tak senang duduk..lagi2 kiri kanan tnye dah pregnant ke belum...adoooiii...tambah masalah lagi....
mase 1st kahwin tu aku ade beli folic acid...tp aku xmkn pon..biar je...masuk bulan ke3 baru aku mkn..2 pun sekali sekala je...sebenarnye aku konfius tentang folic acid ni..ade org kate mkn mase belum pregnant sbb nak cepat pregnant..ade pulak org ckp mkn bile dah pregnant..nak bg bby tu kuat ckit...pe2 lah...
balik pd cerita : aku sabar je ngan dugaan ni..mgkin ALLAH belum nak bagi rezeki kat kami...lame2 aku buat dono je...masuk bulan ke 5..aku tgk period lambat...aku xexpect nak pregnant sbb ade tanda2 nak period..

aku dengan over excited nye,p la test guna test kit tu..xbeli pun..guna adik ipar punye..sekali result +ve..
aku mase tu bersyukur sgt2 pada ALLAH mase tu...kalau dikira pada minggu,aku bakal bersalin pada 14 JUN 2012..wahhh...blh buat hadiah ulangtahun untuk en suami...hihihihi...

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wani...ta

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

.buncit itu seksi???

Tahukah anda Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh.. Buncit itu Seksi...

Monday 17 October 2011

SAYANG..

Sayang ayah, suami ...

"Awak syg ayah awak tak? Sayang sngt2! He's my hero! tapi kenapa awak tak tutup 'aurat'?
Cian...ayah awak kena tnggung dosa awak setiap hari
smpai awak bersuami.. ...

Bila dah bersuami dan ditanya lagi, "Awak cinta suami awak tak? Of course! He's my life, heart & soul! - tapi kenapa awak tak tutup 'aurat'? Hebatnya cinta awak sampai snggup biarkn suami tnggung semua 'dosa' aurat awak tuh?!
... ...
ps::
adakah syg kita ingin di balas
dgn mendedahkan aurat kita sehari tdk kira di FB
atau di mana shj..
adakah itu yg di namakan syg...
walhal kita tau WAJIB menutup aurat
sama halnya dgn SOLAT, PUASA, ZAKAT.

wahai wanita,
hargailah diriMU krn siapa lagi
yg ingin menghargai anda,
sekiranya anda tdk menghargai diriMU
SIAPA LAGI!!

adakah kita ingin tutup AURAT
KETIKA KAIN KAFAN telah membaluti badanMU
SEDARLAH,
KERANA DIRImu begitu BERHARGA...(^__^)