Pages

Monday, 21 November 2011

LEKUK PADA KUKU




Sesetengah orang mempunyai ‘’lekuk’’ atau garisan-garis menegak atau melintang di atas kukunya. Perkara ini mungkin biasa tetapi dalam sesetengah kes, perihal ini juga mungkin menandakan bahawa seseorang itu tidak cukup sihat atau sedang menjalani sesi perubatan. Berikut merupakan beberapa gejala lekuk di atas kuku:-
  • ’’‘lekuk menegak’’’ – mungkin disebabkan oleh pengaruh genetik atau kecedaraan yang kekal pada kawasan di mana kuku itu terbentuk. Ia menandakan masalah kekurangan zat besi atau kalsium, kelemahan menyerap vitamin dan nutrient, artritis dan mungkin juga menunjukkan penyakit yang sangat teruk seperti masalah buah pinggang. Walau bagaimanapun, lekuk menegak yang kecil adalah sesuatu yang agak biasa, dan menjadi lebih biasa apabila usia seseorang meningkat.
  • ‘’’lekuk melintang’’’ – gejala ini mungkin disebabkan oleh trauma pada kawasan di bawah kutikel pada pangkal kuku. Kawasan ini merupakan tempat di mana kuku mula-mula dibentuk, dan jika kawasan ini mengalami gangguan yang teruk, lekuk melintang boleh terbentuk. Lekuk ini juga mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang teruk(mereka yang mengalami keadaan ini dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut) atau stress.
Penggunaan kertas emeri untuk melicinkan kuku tidaklah ditegah tetapi perlulah berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kuku menjadi terlalu nipis.

0 hati yg ikhlas:

Post a Comment